Overdose Dadah Punca Kematian Rapper Mac Miller

Rapper dan juga bekas kekasih Ariana Grande, Mac Miller disahkan mati akibat mengambil campuran dadah berbahaya dan alkohol.

Hal ini disahkan oleh pejabat perubatan di Los Angeles, semala.

Mac Miller atau nama sebenar Malcolm McCormick berusia 26 tahun itu ditemui mati di kediamannya di Los Angeles pada 7 September lalu. Punca kematiannya hanya diketahui selepas siasatan selesai.

Pejabat koroner berkata, McCormick mati akibat campuran dadah yang tinggi kandungan toksin, termasuk opioid fentanyl, kokain dan alkohol.

“Kematian Miller turut dikelaskan sebagai satu kemalangan,” tambahnya.

Mendiang juga sempat melancarkan album terbarunya berjudul ‘Swimming’ beberapa hari sebelum kematiannya dan merancang memulakan konsert jelajah bagi mempromosikan album berkenaan.

Dalam beberapa siri temubual dengan portal atas talian TMZ sebelum ini, Miller pernah memberi bayangan dia tertekan dengan kehidupannya sebagai seorang pemuzik.

Beberapa artis, termasuk Chance the Rapper, ScHoolboy Q dan Ty Dolla $ign, turut memberi penghormatan kepadanya dalam sebuah konsert amal di Los Angeles minggu lalu. – AFP.

SGMS Faida