Happy Deepavali! Hari ini adalah hari istimewa bagi kaum India di mana mereka berkumpul dengan sanak-saudara yang tercinta.
Selain melawat kuil dan mendapatkan keberkatan daripada orang-orang tua, aktiviti biasa pada hari ini adalah menonton maraton filem-filem Tamil, dan semestinya makan!
Juadah tradisi yang sering dihidang kebanyakannya diperbuat daripada susu dan ghee. Sedap! Antaranya termasuklah laadu (bebola dough manis berwarna kuning), jalebi (tepung “bertali” jingga yang diselaputi air gula), achu murukku (muruku manis) dan kesari (puding semolina).
Yang popular juga dalam kalangan kaum India adalah hidangan daging kambing. Macam-macam masakan ada!
Tapi selain itu, apa lagi yang anda tahu tentang perayaan Festival of Lights ini? Jika anda ingin tahu, teruskan baca artikel ini dan tambahkan ilmu.
Sebenarnya tahun baru untuk kaum India jatuh pada bulan April.
Itulah sebabnya Deepavali digelar sebagai “Festival of Lights”. Kebanyakan keluarga Hindu akan menerangi kawasan luar rumah mereka dengan pelita-pelita kecil yang meraikan kemenangan kebaikan ke atas kejahatan.
Memang stres kalau anda dah berada di kedai yang ke-10 dan mencuba pakaian yang ke-100 tapi masih tak sesuai!
Dan samalah seperti perayaan lain. Rumah kena kemas dan bersih. Rantaian bunga marigold memberi tuah dan daun pokok mangga yang diletakkan di pintu membantu serap fikiran tidak baik.
“Thalai Deepavali” adalah sebuah tradisi agama Hindu yang unik di mana sepasang suami isteri India yang baru berkahwin meraikan Deepavali dengan keluarga si isteri.
Yang menariknya, pasangan ini sepatutnya diberi layanan istimewa oleh keluarga ini dan juga terima banyak hadiah! Untunglah!
Lukisan corak ini merupakan satu perbuatan amal yang digalakkan dalam kitab suci Hindu. Pada masa dulu, “kolam” dilukis dengan tepung beras kasar sebagai pelawaan untuk haiwan kecil serta hidupan lain datang dan makan.
Secara simboliknya, tujuannya adalah untuk menjemput Lakshmi, Dewi Kemakmuran sambil menghalau roh-roh jahat.
Ini bukan mandian macam pada hari biasa. Oil baths ini bukan saja menanggalkan kotoran tapi menghapuskan kejahatan, dan mereka yang mandi akan diberkati dengan kemakmuran dan kekayaan.
Mereka juga mengelak daripada mengambil sebarang makanan atau minuman yang memabukkan. Tapi setiap keluarga mempunyai tradisi sajian mereka sendiri.
Jadi, menarik tak info yang dikongsikan di atas? Ada mana-mana yang anda pernah tahu sebelum ini?
Bagi yang bukan beragama Hindu, apa salahnya sekali-sekala kita pelajari tentang budaya kaum lain, kan? Malaysia pun merupakan sebuah negara yang berbilang kaum. Kita semua geng!
Dengan itu, Hijab & Heels ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada penganut agama Hindu. Happy Deepavali!
Sumber: Says
Alhamdulillah tahniah Tyra dan Emran
Kenapa takut tu? Suara Bella cute je min dengar 😅
Jangan buat main fasal anak ya!
Betul! Emosi sangat penting
Ini penjelasan Redza