Categories: HiburanSelebriti

Ozlyn dan Johan Rajalawak yang bakal menimang cahaya mata kelima

 Ozlyn dan Johan Rajalawak yang bakal menimang cahaya mata kelima . Jelasnya kandungan itu sudah berusia lima bulan dan hanya menyedarinya ketika menyertai salah satu program di stesen televisyen

“Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah S.W.T. dikurniakan rezeki yang tidak ternilai ini. Kandungan saya kini sudah hampir lima bulan pun dan dijangka bersalin pada penghujung bulan Mei atau Jun 2018″

Kalau masih ingat baru-baru ini juga memang ada video Ozlynn yang dikongsikan di media sosial, menampakkan baby bump serta beberapa insiden Johan tersasul bercakap mengenainya. Rupanya Ozlynn merahsiakan dulu bagi memastikan kandungan betul-betul stabil.

“Ya, saya tahu mengenai video ‘baby bump’ saya diviralkan, tapi kawan-kawan yang bagi. Namun saya tidak memberi kenyataan kerana tidak mahu menghebohkan perkara tersebut sehinggalah kandungan saya betul-betul stabil,” 

SGMS Enal