Categories: HiburanSelebriti

Peliknya Suami Saya Tidak Cemburu!

Izara Aishah memberitahu suaminya, Adib Khalid tidak pernah menghalang dirinya untuk terus aktif dalam lakonan. Malahan, beliau juga pelik dengan sikap suaminya yang tidak pernah cemburu dengan lelaki gandingannya selama ini.

Adib tidak pernah ada rasa cemburu terhadap mana-mana lelaki yang berlakon di samping saya sama ada dalam drama atau filem. Kadang-kadang pelik juga. Bagaimanapun, mungkin kerana Adib juga sudah biasa dengan industri seni menyebabkan dia memahami”

“Cuma kalau boleh biarlah ia berjalan secara perlahan-lahan memandangkan kami pun baru sahaja berkahwin. Tapi kalau diberi rezeki awal, kami bersyukur,” katanya 

Melalui kehidupan baru sebagai isteri, Izara akui dirinya masih mempelajari tanggungjawab yang perlu digalas, tapi katanya mujurlah suami tidak cerewet. Mengenai zuriat pula, Izara tidak menolak andai diberi rezeki awal.

SGMS Enal