“Pahit Untuk Ditelan Tapi… ” – Isu Royalti Hanya Sebesar Biji Sawi, Tomok Akui Kecewa

Sebelum ini penyanyi, pelakon dan komposer, Tomok ada memuat naik gambar senarai royalti yang diterimanya ketika menjadi komposer menerusi akaun instagram miliknya.

Justeru itu, ramai yang terkejut dan tidak percaya dengan jumlah dan ‘hasil’ titik peluh yang diterima oleh Tomok memandangkan ia adalah hasil dari kerja keras beliau dalam masa beberapa tahun.

“Royalti tu memang betul, saya ingin memberitahu orang ramai diluar sana inilah realiti sebenar yang dilalui oleh seorang artis. 

“Sememangnya bukan semua indah bila jadi artis ini. Tapi itu bukanlah royalti ketika saya menjadi penyanyi. Itu adalah royalti ketika saya menjadi komposer waktu tu. Dan, kalau diikutkan itu dikira selama beberapa tahun dan saya rasa benda tu tak masuk akal,” katanya.

Mengulas lanjut, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 37, menegaskan seorang artis itu perlu mempunyai simpanan kerana tidak mustahil dikemudian hari artis juga mempunyai waktu-waktu yang sukar.

“Itulah realitinya…yaa! ada duit kena simpan jangan membazir. Sebab bukan semuanya indah dalam industri ni kan nampak didepan memang indah tapi dibelakang kita tak tahu jika orang itu melalui sesuatu yang sukar didalam kehidupan.

“So, tak ada niat tapi ini adalah realiti. Jadi bila korang tengah ada duit korang kena simpan duit lah jangan enjoy. 

“Saya pun pernah enjoy sebenarnya tapi kena tahu bila masa perlu tarik handbreak,” jelasnya ketika sesi sidang media secara virtual  Drama Tumpang Lalu Bang yang akan disiarkan menerusi slot Diandra di TV9.

Selain Tomok, drama Tumpang Lalu Bang turut dibintangi pelakon hebat seperti Aidil Aziz, Kilafairy, Ziana Zain, Black Hanifah, Raja Afiq dan ramai lagi.

Jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama romantik komedi Tumpang Lalu Bang pada 2 Februari 2022 ini okay!

 

Salma Syahbuddin