Pakai Seksi Di Paris… Netizen Kecam Ameera Khan, Persoalkan Ibadah Umrah

Pempengaruh media sosial, Ameera Khan sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila tampil seksi semasa berada di Paris, Perancis.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Ameera menggayakan skirt pendek serta gaya rambut yang baru dengan berlatarbelakangkan Eiffel Tower.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan ibadah umrah yang dikerjakan beberapa minggu lalu dengan pemakaian seksinya itu.

Malah, ada yang menyindir dan mendakwa dirinya ke kota suci Makkah hanya untuk melancong dan lawatan perniagaan.

“After performing umrah, you end up wearing this? May Allah guide and enlighten you again. Ameen.

“How’s your business trip to Umrah? All good huh?

“Baru balik Makkah kan. Astagfirullahalazim,” komen netizen.

Pada penghujung tahun lalu, adik kepada pengacara Neelofa ini kembali aktif di laman sosial selepas enam bulan menyepi.

Maya Basir