Pakai Tudung Kuning Terang, Elfira Loy Seloroh Diri Tetap Cantik Tak Nampak Seperti Bibik – “Tachood”

Sejak kebelakangan ini, heboh di media sosial berhubung konflik antara aktres Fathia Latiff yang menggelarkan pelakon jelita Zahirah Macwilson seperti bibik.

Isu tersebut turut mendapat perhatian pelakon, Elfira Loy yang mengakui takut sekiranya penampilan dan wajahnya memakai tudung berwarna kuning dikritik seperti bibik.

Elfira berkongsi foto ‘selfie’ di Instagram miliknya memakai tudung berona kuning terang.

“Patutlah haritu kereta terbreak-break nampak i , rupanya kuning betul tudung i ye terang satu Bangsar.

“Apa-apa pun akak tetap gorgeous, tak nampak bibik bibik sangat kan pakai macamni, tachoood,” selorohnya.

Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir netizen yang menegur kapsyen Elfira dianggap sengaja mencetuskan kontroversi.

Kata netizen, aktres drama Di Sebalik Kasyaf ini tidak sepatutnya menulis kapsyen seperti itu kerana bibik juga merupakan pekerjaan halal dan insan yang hanya mencari rezeki.

Sementara itu, ada juga sesetengah warganet yang terhibur membaca kapsyen Elfira, selain memuji wajahnya cantik berseri memakai tudung berwarna kuning.

Rakan selebriti, pelakon jelita Mira Filzah turut memuji kejelitaan Elfira.

Artikel Berkaitan: Parah! Muat Naik Foto Bersama, Fathia Latiff Dakwa Aiman Hakim Masih Taruh Harapan – “I Know You Still Love Me”

Artikel Berkaitan: Fathia Latiff Petik Nama Zahirah Macwilson Di Sesi Live… Samakan Muka Macam Bibik, Dakwa Buat Bibir Di Australia?

Aqilah Paharuzi