Paling Ditunggu-Tunggu 20 Oktober Ini, Rizky Febian Live in KL!

Hingga Tua Bersama, Mantra Cinta sehinggalah Aminlah Bersamaku, kehadiran sosok pemuda berusia 24 tahun ini pastinya antara yang paling ditunggu-tunggu oleh seluruh peminatnya di Malaysia.

Memiliki suara yang sukar dicari ganti, Rizky Febian akhirnya mengorak langkah kedepan dengan kemunculannya pada Konsert sulung berjudul Rizky Febian Live In Kuala Lumpur.

Konsert yang dibawakan oleh The Jay Events & Media ini dijadual berlangsung pada 20 Oktober 2022, di Zepp Kuala Lumpur bermula pukul 8.30 malam.

Sebagai pemuzik dan penulis karya miliknya, peminat jujurnya sudah tidak sabar untuk bertentang mata sekaligus menikmati merdu lantunan vokal Rizky lewat tembang hit penyanyi kelahiran Bandung, Jawa Barat, Indonesia ini.

Bayangkan Kesempurnaan Cinta yang menjadi hit pertamanya pada tahun 2015 akan didendangkan bersama untaian lagu lainnya seperti Penantian Bahagia, Makna Cinta, Terlukis Indah dan Cuek.

Rizky juga baru menawan peminatnya lewat lagu Salah yang pernah menjadi sebahagian dari karya masterpiece Melly Goeslaw dan dijangka akan mendendangkan lagu tersebut dalam konsert sulungnya pada Oktober nanti.

Dengan lebih 25 buah lagu solo termasuk duet yang pernah dirilis dan anugerah yang pernah diraih, baik di Indonesia mahupun Asia, kedatangan pemilik lebih 13 juta pengikut di platform Instagram ini pasti akan memberi kepuasan kepada peminat seluruhnya.

“Kami melihat adalah penting untuk membawa pemenang Best Asian Artist Indonesia di MAMA Award 2020 ini ke Malaysia kerana dia mempunyai banyak peminat di sini.
 
“Selain itu segudang pencapaian yang dicetaknya sejak tahun 2015 sehingga perlu melalui musim pandemik tetapi masih mampu berkarya membuatkan pihak kami percaya Rizky Febian akan memberikan yang terbaik buat peminat yang telah lama ingin bertentang mata dan menyanyi secara langsung bersama sama,” ujar Pengurus The Jay  Events & Media, Shafik Jay.

Untuk info berkenaan tiket, peminat boleh dapatkan dengan harga bermula RM259  untuk zon Ragu (Normal seat) dan Terlukis Indah (free standing) , RM309 untuk Makna Cinta (premium seat) serta tiket berharga RM2500 (maksimum 5 orang) dalam zon khas bagi sesi VIP- Meet & Greet bersama Rizky Febian. Pembelian tiket boleh dibeli di https://www.myticket.asia/.

Rizky Febian Live In Kuala Lumpur juga turut menerima kolaborasi daripada Zepp Kl dan My Ticket Asia.

Rizky Febian Live In Kuala Lumpur juga turut menerima kolaborasi daripada Zepp Kl dan My Ticket Asia.

Salma Syahbuddin