Pamer Foto Bahagia, Hafidz Roshdi Rai Hari Jadi Isteri – “Happy Birthday Sayang”

Pelakon sensasi, Hafidz Roshdi menarik perhatian selepas dia berkongsi foto bersama isterinya, Athirah Yuhada sempenan sambutan hari ulang tahun wanita itu.

Mengenakan pakaian sedondon berwarna hitam, Hafidz kelihatan sempat berkongsi foto sambutan hari lahir Athira di Instagram miliknya pada Sabtu.

Manakala, aktor itu juga kelihatan gembira dan sempat merangkul bahu isterinya.

“Happy birthday sayang (beserta emoji love),”katanya.

 

Dalam pada itu, Hafidz sempat berkongsi momen hari lahir Athira yang disambut bersama keluarga menerusi hantaran di Instagram story nya.

“Happy bornday sayang @athirahyuhada95,”tulisnya pada kapsyen video berkenaan.

Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 16 Disember 2023 lalu.

Dinikahkan oleh jurunikah yang berwakil walikan bapa Yuhada, Hafidz menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 beserta lima dulang hantaran berbalas tiga daripada pihak perempuan.

Sekadar info, Hafidz pernah mendirikan rumah tangga bersama Nurul Shuhada pada 30 April 2016 namun sah bercerai pada 27 Julai lalu.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun.

Salma Syahbuddin