Papar Aksi Tak Senonoh, Facebook Ella Kena ‘Hacked’!

Ratu Rock negara, Ella memaklumkan bahawa akaun rasmi Facebooknya @Ellaminuddin telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab pada Khamis.

Perkara itu dikongsi Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila Aminuddin, 57, menerusi perkongsian di Instagram miliknya.

“Kami mengambil maklum bahawa akauhn rasmi Ella, @Ellaaminuddin telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Justeru, pihak pengurusan penyanyi ini akan mengambil tindakan dengan membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

Difahamkan, kes ini juga akan diserahkan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan selanjutnya.

“Pihak pengurusan Ella dalam usaha melapor perkara ini kepada Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan akan menyerahkan makluman kepada Suruhanjaya Kommunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya.

Menerusi tinjauan XTRA di laman Facebook tersebut, terdapat beberapa video jelik telah dimuat naik pada platform berkenaan.

Bahkan, menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Ella turut terkejut melihat klip video pendek yangterdapat pada media sosial penyanyi itu.

“Kenapa pelik je akaun Ella lately. Ella bukan post yang bukan-bukan.

“Jarang Ella post macam ni.

“Ella ke ni? Serius macam bukan.

“Saya tahu ni bukan Ella, please do something!,” komen netizen.

 

Salma Syahbuddin