Pasang Niat Berhenti Berlakon Selepas Kahwin, Wanna Ali Dedah Tak Jadi Nikah?

Pelakon Wanna Ali pernah merancang untuk berhenti kegiatan dalam industri seni apabila sudah mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.

Namun hasrat Wanna atau nama sebenar Nor Syazwana Mohd Ali tidak kesampaian apabila hubungan mereka putus di tengah jalan.

Memetik laporan mStar, dia berniat untuk berhenti menjadi pelakon dan penyanyi kerana mahu memberi fokus kepada perniagaan selepas berkahwin.

“Dia (bekas kekasih) pun ada cakap lepas kahwin, dia tidak mahu saya aktif dalam industri dan saya okay dengan perkara itu.

“Kami juga sudah berbincang berkenaan bisnes yang saya akan buat malah dia sendiri nak sediakan benda (perniagaan) itu. Tapi jodoh tak panjang,” katanya.

Menurutnya, punca perpisahannya dan ahli perniagaan itu disebabkan tidak mempunyai persefahaman.

“Kami putus dalam pertengahan tahun ini. Punca begitulah (tidak sefahaman). Mungkin terlalu awal untuk kita bincang fasal itu,” jelasnya.

Maya Basir