“Patut Anak Dia Suka Gigit Orang” – Emma Maembong Kongsi Gambar Intim Bersama Suami

Selepas penyanyi Elizabeth Tan berkongsi aksi cium bersama suami, kini giliran pelakon Emma Maembong pula berkongsi perkara sama menerusi muat naik di laman Instagram miliknya.

Menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik Emma di laman sosial miliknya itu, aktres berusia 30 tahun itu berkongsi momen intim bersama suami, Muhammad  Shazli Azhar termasuk sekeping foto yang menunjukkan lelaki itu sedang  menggigit dagunya.

“Patut lah anak pun suka gigit orang…”

Aksi mesra yang ditunjukkan itu sekaligus menjadi bahan usikan peminat apabila ada yang mengatakan tabiat tersebut turut dimiliki oleh anak sulungnya, Shariq Gabriel.

Bagaimanapun,  terdapat segelintir daripada peminat yang kurang senang dengan tindakan Emma yang disifatkan terlalu menunjuk-nunjuk kemesraan dan kebahagian mereka di media sosial.

Untuk rekod, Emma dan suami mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan hasil perkahwinan tersebut pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel pada 8 November 2020.

>

Salma Syahbuddin