[VIDEO] “Saya Pilih Awak Sampai Akhir Zaman” – Uyaina Arshad Bersyukur Raja Syahiran Pasangan Hidupnya

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengakui masih belajar cara menguruskan bayinya sejak melahirkan cahaya mata pertama pada 9 September lalu.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia dan suaminya iaitu penyanyi rap, Raja Syahiran sentiasa memberi sokongan mental antara satu sama lain dalam menjaga anak sulung mereka.

Di dalam video itu, kelihatan suaminya sedang mencium bayi lelaki mereka dengan menggunakan audio ‘Wait until you see him as a dad’.

“Daripada tidak tahu apa-apa beberapa hari pertama (sebenarnya sampai sekarang), malam yang panjang tanpa tidur, menukar lampin setiap jam, meneka jenis tangisan @rajaurhan, dan masih mencari masa di antara nak bercakap dan berpegangan tangan dan saling memberi sokonan mental yang kita berdua perlukan, saya memilih awak,” tulisnya.

Menurutnya, biarpun berdepan pelbagai cabaran, Uyaina bersyukur memilih Raja Syahiran sebagai pasangan hidup buat selama-lamanya.

“Saya pilih awak sampai akhir zaman. Sangat gembira, diberkati dan bersyukur kerana awak adalah pasangan hidup saya @rajashiranmy. Kita boleh lakukan ini, hubby,” ujarnya.

Untuk rekod, Uyaina dan Raja Syahiran telah mendirikan rumahtangga pada 21 Disember lalu dan dikurniakan cahaya mata lelaki yang dinamakan Raja Urhan pada 9 September lalu.

Maya Basir