Pelakon Popular Ini Bakal Dapat Anak Kembar Di Usia 44!

Wow, siapa sangka di usia 44 tahun, pelakon Evan Mendes bakal mendapat cahaya mata kembar tak lama lagi! Rezeki kan, siapa tahu?

Eva dan pasangannya Ryan Gosling dilaporkan sangat teruja dengan khabar berita ini.

Menurut laporan OK! Magazine, walaubagaimanapun pasangan ini masih belum mengesahkan tentang kesahihan berita ini.

Namun laporan media antarabangsa ada menyebut, mereka begitu teruja kerana berkemungkinan bakal menimang sepasang kembar lelaki dan perempuan.

” Selepas menjalani kaedah bayi tabung uji, mereka memberitahu kawan-kawan mengenai keajaiban ini yang mereka tidak pernah jangka.

“Mereka tahu mereka mungkin mempunyai masalah kesuburan disebabkan umur Eva, tetapi mereka tidak menyedari betapa sukarnya sepanjang perjalanan kaedah tabung uji itu,” kata sumber.

Ryan dan Eva telah menjalin hubungan sejak September 2011 selepas bekerja bersama dalam filem “The Place Beyond the Pines”.

SGMS Faida