Pelawak Senior Indonesia Pesan Dadah Tiga Kali Sebulan!

Pelawak Tri Retno Prayudati atau lebih terkenal dengan nama Nunung Srimulat mengaku membeli dadah tiga kali dalam tempoh sebulan. 

Nunung yang ditahan bersama suaminya, July Jan Sambiran di kediaman mereka di Tebet, Jakarta Selatan, dia mengaku bersalah kerana memiliki dadah jenis syabu. 

“Sebulan tiga kali, kadang pesan syabu satu gram, kadang dua gram. Tidak selalu ada ketika dipesan,” ucap Nunung ketika perbicaraan berlangsung.

Akui Nunung, dia sering memesan menggunakan telefon dan membayarnya dengan online transfer. 

“Saya beli Rp 2.6 juta (RM 620) untuk dua gram (syabu),” ujarnya.

Nunung ketika disoal sejauh mana dia mengenali Hadi Moheriyanto (individu yang menjual), dia memberitahu tidak mengenali individu berkenaan. 

“Saya hanya dikenalkan melalui saudara pada Mac 2019. Dia mengaku bekerja di sebuah syarikat pengangkutan bas, saya beli sabu dari dia. Saya tidak pernah tanya dari mana dia mendapatkannya,” ujarnya di Mahkamah Negeri Jakarta Selatan, kawasan Ampera, semalam.

Pengacara berusia 56 tahun itu ditahan pihak Polis pada 19 Julai 2019 selepas didapati terlibat dalam penyalahgunaan dadah. 

Nunung dan suami dijatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan dan dikehendaki menjalani tempoh penjagaan rehabilitasi di Hospital Daerah Cibubur, Jakarta Timur.

SGMS Faida