Categories: HiburanOMGSelebriti

Peluk Cium Anggota Boyband BLUE, Kilafairy Sedia Di Kecam

Siapa agaknya yang tidak teruja apabila diberi peluang bertemu dengan idola masing-masing, apatah lagi sekiranya peluang terbuka didepan mata. Samalah macam penyanyi Kilafairy yang begitu teruja bertemu dengan boyband kegemarannya, Blue baru-baru ini.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah, tindakan Kilafairy yang tidak teragak-agak mencium dan memeluk ahli kumpulan Blue ini semasa konsert jelajah kumpulan terkenal itu ke Malaysia.

Dan, menyedari tindakannya itu, Kilafairy dilihat telah menutup ruangan komen nya seolah-olah  sudah dapat  memahami sikap netizen Malaysia yang suka ‘membawang’ apatah lagi apabila melibatkan tindak tanduk seseorang artis. 

Justeru itu, menerusi muat naik video yang telahpun di padam oleh Kilafairy beliau sempat menulis, 

” So, i’ve been perdorming their song since i was a kid. Yup, i was on stage since i was 9 years old. So yeah that’s that. i can’t type right now, i’m dying. STARSTRUCK @officialblue  SHOUT OUT TO @kcnfriends”

Yang pastinya, Kilafairy memang betul-betul teruja. Al-maklumlah, boybandni kan kegilaan anak muda sekitar tahun 1990-an.

 

Salma Syahbuddin