Peminat Dakwa Meerqeen Kini ‘Rapat’ Dengan Aktres Cantik Indonesia?

Selepas disyaki ‘putus cinta’ dengan aktres jelita Anna Jobling, nama pelakon sensasi Meerqeen kini kembali hangat menjadi sebutan di media sosial.

Aktor drama rantaian popular Melur Untuk Firdaus ini dikatakan sedang menjalin hubungan atau ‘rapat’ bersama pelakon negara Indonesia iaitu Caitlin Halderman.

Tular sebuah video di aplikasi TikTok yang memaparkan komplikasi hantaran di Instagram Story (IGs) Meerqeen dan Caitlin yang memberi bayangan mereka seakan berada di tempat yang sama, meskipun tidak mendedahkan secara terperinci.

Difahamkan, Meerqeen atau nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, berada di Indonesia atas urusan kerja.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, rata-rata foto yang dikongsikan oleh Caitlin disukai oleh Meerqeen dan aktor itu turut meninggalkan komen di kebanyakan hantaran aktres terbabit.

Tindakannya itu telah mencetus spekulasi dalam kalangan peminat mereka yang mendakwa mereka kini sedang menyulam cinta atau sekadar teman rapat.

Namun begitu, menjengah ke ruangan komen video tersebut segelintir netizen mengkritik Meerqeen serta melabel aktor ini seorang ‘playboy’.

Bukan itu sahaja, Meerqeen turut dilabel ‘redflag’ kerana didakwa hanya mahu mendekati wanita yang memiliki paras rupa cantik.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang respons mengenai gosip ‘cinta’ terbabit.

Sebelum ini, nama Meerqeen hangat dikaitkan menjalin cinta bersama pempengaruh Ameera Khan, namun adik kepada selebriti Neelofa itu menafikan dakwaan tersebut.

Artikel Berkaitan: Sering Tular Video Mesra Bersama, Ameera Khan Perjelas Gosip Dikatakan Bercinta Dengan Meerqeen

Artikel Berkaitan: “Mak Bapak Aku Kau Jangan Main!” – Individu Komen Celupar, Meerqeen Hilang Sabar! Bertegas Tak Nak ‘Menunjuk’ Ada Beri Bantuan Pada Palestin

Artikel Berkaitan: “Bayangkan Kau Masuk Neraka Sebab…” – Disindir Netizen Isu Palestin, Meerqeen Tampil Beri Respons

Aqilah Paharuzi