Peminat Kritik Marketing Promosi Album ‘Sitism’ Macam Zaman Batu, Ini Respons Siti Nurhaliza

Penyanyi Tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil memberikan respons berkaitan strategi pemasaran album terbaharunya, Sitism.

Terdahulu, seorang pengguna aplikasi X meluahkan rasa kecewanya apabila melihat promosi album penyanyi No.1 negara itu terhenti buat seketika.

Bahkan, individu tersebut turut melabelkan strategi pemasaran album tersebut seperti zaman batu dan tiada kemajuan.

“So, sekarang SITISM has fully silenced. Marketing tak jalan at all. Marketing strategy zaman batu. Takde improvement at all,” tulisnya.

Menyedari perkara tersebut, pelantun lagu Magis itu meminta agar individu berkenaan bersabar kerana ingin memberikan perhatian terhadap isu yang berlaku di Palestin sebagai tanda hormat.

“Sabar skit ye… Ada saudara kita di Palestin yang lebih perlukan perhatian,” katanya ringkas.

Umum tahu, Siti atau kini lebih mesra disapa Tokti mempunyai sebuah sekolah di Gaza yang dinamakan, Afwa Al Aafiyah.

Kini, sekolah tersebut menjadi tempat perlindungan kanak-kanak Palestin tatkala negara itu masih bergelut dengan isu keganasan golongan Zionis.

Sebelum ini, Siti telah meluahkan kebimbangannya kerana khuatir sekolah tersebut dibom oleh golongan Zionis.

Malah, penyanyi itu juga dilihat kerap berkongsi perkembangan terkini isu yang berlaku di negara itu dan kanak-kanak yang berlindung di sekolahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Air Mata Siti Nurhaliza Tumpah Kenang Nasib Di Palestin, Harap Sekolah Afwa Al Aafiyah Tak Dibom 

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Terharu Lihat Usaha Pasukan Kembalikan Senyuman Anak-Anak Yayasan Nurjiwa

Fatin Nurain