Akhirnya! Noh Salleh Dedah Wajah Musa Sempena Ulang Tahun Kelahiran, Sempat Luah Rasa Rindu

Penyanyi Noh Salleh akhirnya mendedahkan wajah anak angkatnya, Musa Mohammad Noh secara terbuka sempena ulang tahunnya yang kedua tahun.

Wajah si comel itu telah didedahkan oleh Noh menerusi sebuah hantaran di Instagram, semalam.

Menerusi perkongsian tersebut, Noh turut meluahkan rasa rindunya terhadap putera kesayangannya itu kerana sudah lama tidak bertemu.

“Selamat hari jadi kedua Musa Mohammad Noh. Rindu bena bapak dengan kitak (rindu betul bapak dengan kamu). ALLAH jak tauk betapa sakit nahan rindu mok jumpa (Allah sahaja tahu betapa sakit menahan rindu mau jumpa).

“Semoga Allah satukan kita soon so ktk dapat layanan seorang ayah bena-benar (Semoga Allah satukan kita secepatnya so kamu dapat layanan seorang ayah betul-betul),” tulisnya.

Umum tahu, Musa merupakan anak angkat Noh bersama penyanyi dan aktivis kemanusiaan Mizz Nina.

Namun, Noh dan Nina telah pun berpisah pada Ogos tahun lalu dan kini mereka sudah pun mempunyai pasangan hidup masing-masing.

 

Fatin Nurain