Profile Kaka Azraff Tersebar Di IG ‘J*w Hater’ Gara-Gara Pertahankan Palestin

Profile penyanyi Kaka Azraff tersebar di Instagram ‘Jew Hater’ gara-gara tampil pertahankan Palestin di Instagram Story (Igs) seorang pelakon dan pempengaruh luar negara, Nathaniel Buzolic, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, akaun terbabit telah mempamerkan Kaka yang meluahkan rasa berangnya dengan keganasan yang dilakukan oleh golongan Zionis terhadap Palestin.

“Because Isr**l was the one who started. Isr*l steal their land and now act like they are the victim? Wtf. Sick people. H*ler should just ki*ed all Isr*l! Fu*ing Fa*ot!,” tulis Kaka.

Namun, akaun terbabit juga telah membuka ruang kepada golongan yang menyokong Zionis untuk mengecam tindakan Kaka selepas berkongsi latar belakang penyanyi itu termasuklah syarikat naungannya, Warner Music Malaysia.

Bagaimana pun, akaun tersebut telah pun mengehadkan ruangan komen kepada pengikutnya sahaja.

Dalam pada itu, terdapat pengguna aplikasi X yang tampil menyokong tindakan berani pelantun lagu Mimpi itu memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

Insert PIC

 

Fatin Nurain