Peminat Meerqeen Didakwa Bergaduh? Ini Respons Empunya Badan

Teraju utama drama rantaian popular, Melur Untuk Firdaus, Meerqeen kian mencipta fenomenanya tersendiri bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Indonesia, Filipina dan Thailand.

Maka, tidak hairanlah jika peminat-peminatnya dikatakan berbalah dek kerana berebut aktor kesayangan mereka.

Tidak hanya berdiam diri dengan spekulasi yang timbul, Meerqeen atau nama penuhnya, Muhammad Syameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, tampil memberikan respons mengenai perkara terbabit.

“Basically dia berbalik kepada karier saya jugak, di Indonesia itu salah satu impian saya untuk berlakon di sana.

“Bagi saya perbalahan itu adalah perbalahan yang sihat. Mereka berebut je dalam konteks yang very cute one. So, saya rasa itu tak ada masalah. 

“Lagipun, di Malaysia dan Indonesia tak ada banyak yang berbeza. Kita serumpun dan kita masing-masing kenal fans masing-masing juga dan mereka sebenarnya rapat ,” katanya ketika ditemu bual pada program Melodi.

Menganggap peminat-peminat sebagai antara tulang belakang dalam karier seni lakonannya, Meerqeen menyifatkan peminatnya telah melakukan yang terbaik dalam menyokong perjalanan seni apatah lagi sehingga dia dikenali bukan sahaja di Malaysia tetapi di luar negara.

” You guys do a great job! Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand. Cuma teamwork anda kena ada. Jangan selalu bergaduh, kalau nak gaduh, gaduh yang cute-cute je. Just make it fun.

“Kepada Meerqeen trop, dan peminat Meerqeendi luar sana,  just wanna say thank you so much for everything. Thank you so much for making my journey happen, Insya-Allah,  tahun ni saya ada banyak lagi projek yang you guys kena tengok dan join. Dan saya harap, anda selalu melakukan yang terbaik,” jelasnya.

 

Berkongsi mengenai perkembangan terkini, Meerqeen kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama popularnya, Melur Untuk Firdaus musim kedua selain turut terlibat dengan beberapa lagi projek lain.

“It’s quit a lot. Projek banyak juga tapi sekarang tengah sibuk dengan Melur Untuk Firdaus season 2 yang lebih mencabar dan banyak halangan. Jadi kena tunggu dan tengok okay!,” kongsinya.

 

Salma Syahbuddin