Isu Isteri-Isteri Bertelingkah Di Restoran, Ini Respons Zainal Abidin Hassan

Bekas jurulatih bola sepak popular, Datuk Zainal Abidin Hassan enggan memberikan sebarang komen mengenai pergaduhan yang melibatkan dua isterinya di sebuah restoran, baru-baru ini.

Memetik laporan Kosmo, Zainal berkata, dia belum bersedia untuk memberi sebarang komen mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan tersebut.

“Maaf, saya belum bersedia nak beri sebarang kenyataan (berhubung apa yang berlaku),” katanya.

Tambah bekas ketua jurulatih kelab bola sepak Penang FC itu, dia memberitahu jadualnya sangat sibuk buat masa ini.

“Saya sangat sibuk sekarang. Hubungi saya esok lusa, insya-Allah,” jelasnya.

Difahamkan selepas memberikan jawapan tersebut, Zainal terus menamatkan panggilan dan tidak membalas mesej di aplikasi WhatsApp.

Terdahulu, dalam kejadian di sebuah restoran di Shah Alam, penyanyi yang juga peserta Famili Duo, Fyna Jebat didakwa terlibat dalam pertelingkahan bersama madunya iaitu isteri pertama Zainal.

Lebih sensasi, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan berlakunya kejadian itu dan memaklumkan kedua-dua pihak sudah tampil membuat laporan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam).

Awal Januari lalu, media melaporkan seorang bekas jurulatih Liga Super berusia lingkungan 60-an berkahwin kali kedua dengan wanita yang berusia 29 tahun.

Meleraikan spekulasi yang bertebaran, Fyna Jebat akhirnya mengaku sudah bernikah dengan jurulatih bola sepak popular, Zainal Abidin Hassan.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Pertelingkahan Di Restoran: “Adik Saya Enggan Beri Komen” – Ayda Jebat

ARTIKEL BERKAITAN: “Berlaku Adegan Tarik Rambut” – Selepas Siasatan, Punca Pergaduhan Dua Isteri Jurulatih Bola Sepak Disebabkan…

Fyna dan kakaknya, Ayda Jebat kini mengungguli carta keseluruhan Famili Duo dengan kutipan markah sebanyak 363.3 mata.

Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.
Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial

Sumber: Kosmo

Khairil Khusyairi