Peminat Ola Bola, Ini Mungkin Berita Gembira buat Korang!

Ola Bola The Musical Returns!

Bagi peminat Ola Bola yang suatu ketika dahulu pernah diangkat kejayaannya, mungkin ini adalah salah-satu berita yang ditunggu-tunggu apabila pihak produksi terbitan Enfiniti Productions mengambil keputusan unuk mementaskannya semula.

Sumber : Instagram @tiarajacquelina

Menurut Penerbit dan Pengarah Ola Bola The Musical Returns, Puan Sri Tiara Jacquelina, walaupun Ola Bola masih mengekalkan jalan cerita yang sama namun pihaknya bakal menyelitkan sedikit pembaharuan untuk memberikan kepuasan kepada penonton yang hadir sekaligus berharap agar pementasan itu bakal melakar sejarah kejayaannya.

” Sebagai pengarah saya perlu kreatif dan bijak memaparkan jalan cerita supaya tidak berulang. Plot pementasan ini agak sama namun ada elemen lain yang saya akan selitkan sebagai tarikan penonton. Malah, pementasan ini ditambah baik dari segi pencahayaan, koreografi, muzik dan lontaran dialog.” Katanya.

Tiara juga sempat berkongsi niat untuk mementaskan semula Ola Bola The Returns ketika pertemuannya bersama Perdana Menteri dan Isteri , Tun Dr Mahathir Mohammad ketika sesi dialog bersama penggiat seni tahun lalu.

Sumber : Instagram @tiarajacquelina

Bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 18 Februari ini, Ola Bola The Returns! Turut menampilkan Nabila Huda, Tony Eusoff, Hafeez Mikhail, Iedil Putra, Brian Chan, Luqman Hafidz, Daouglas Lim, Altimet dan ramai lagi!

Jadi, bagi peminat tegar Ola Bola The Musical, korang bolehlah dapatkan tiket terus di buytickets.asia

Salma Syahbuddin