Pelakon Fathia Latiff tampil mengubati kerinduan peminat selepas kembali aktif dalam industri seni dan media sosialnya.

Menerusi sebuah perkongsian di TikTok, Fathia telah memuat naik videonya yang sedang ‘lip-sync’ lagu yang berjudul Under The Influence nyanyial asal Chris Brown.

@fatiyalatiff🙌🏼

♬ original sound – KYE THOMPSON

Hasil tinjauan di ruangan komen, perkongsian itu dihujani dengan luahan rasa rindu peminatnya untuk melihat aktres yang pernah membintangi drama Ariana Rose itu membuat kemunculan semula di kaca televisyen.

 

 

Sebelum ini, Fathia pernah menyatakan kini dirinya lebih berhati-hati untuk membuat sebarang perkongsian di media sosial agar tidak mencetuskan sebarang kontroversi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Rasa Tak Perlu Kongsi, Saya Takkan Buat” – Kontroversi Lalu Buat Fathia Latiff Lebih Berhati-Hati

 

Fatin Nurain