[VIDEO] “Jangan Ikut Ragam Kaum Nabi Luth Ni” – Hattan Bengang 2 Lelaki Berkelakuan Jijik Dalam Surau

Sebuah video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan tindakan jijik dua lelaki bercium selepas menunaikan solat di dalam sebuah surau tular sejak semalam.

Lebih mengejutkan apabila seorang daripada lelaki tersebut menyeluk tangan ke dalam seluar sebelum bersalaman dengan jemaah lain.

Kelakuan tidak senonoh itu ternyata mendapat perhatian netizen yang mengecam tindakan dua lelaki terbabit.

Penyanyi otai, Datuk Hattan turut menzahirkan rasa marah dan meluahkan rasa kurang senang dengan kelakuan dua individu tersebut yang seolah-olah tidak menghormati kesucian rumah Allah.

“Saya ada agak rasa marah sikit, bukan marah sikit-sikit tapi banyak.

“Saya ada tengok video dekat dalam surau, apa terjadi? Jantan sama jantan buat kelaku tak senonoh. Dalam surau tu, kau tak ingat ke surau rumah Allah, tempat kita nak sembahyang.

“Eh kau buat keje tak semenggah dalam tu, jantan sama jantan pula tu. Pergi lah cari perempuan kat luar tu, cari perempuan buat calon kahwin elok-elok,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Dalam pada itu, Hattan juga meluahkan rasa geli apabila melihat kelakuan jijik tersebut malah berpesan kepada semua agar menghidari perbuatan terlarang itu.

“Takkan buat kerja tak semenggah jantan sama jantan geli geleman pun ada tengok.

“Astaghfirullahalazim, seluk tangan dalam seluar lepas tu pergi salam dengan orang. Jangan diikut ragam kaum Nabi Luth ni.

“Mengucap, istighfar la banyak-banyak,” pesannya tegas.

Berdasarkan pemerhatian XTRA di media sosial, warganet meluah rasa kecewa dan geram dengan tindakan berani dua individu tersebut malah ada juga berharap pihak berwajib mengambil tindakan atas kelakuan tidak bermoral ini.

Khairil Khusyairi