Luna Maya Berjaya Beku 26 Sel Telur – “Sperma Masih Belum Ada”

Pelakon terkenal negara jiran, Luna Maya mendedahkan dirinya menjalani proses pembekuan sel telur sejak tahun lalu.

Menerusi perkongsian di Youtube milik Nikita Mirzani, Luna memberitahu tentang proses sel telur itu dilakukan.

Menurutnya, jumlah telur yang dibekukan sudah melebihi sasaran doktor dan kini harus disimpan rapi di bawah pengawasan ketat.

“Sebanyak 26 sel sudah berjaya saya bekukan, cuma tak tahulah semuanya bagus atau tak.

“Doktor juga memaklum kesemua 26 sel itu okey dan proses berjalan lancar,” katanya kepada Nikita.

Tambah Luna, doktor hanya sasarkan sebanyak 20 biji sel telur sahaja tetapi dia berjaya menghasilkan lebih dari itu.

Namun begitu, sperma untuk disenyawakan dengan sel telurnya masih belum ada lagi.

“Apa pun, dia (doktor) mahu kekalkan sekurang-kurangnya 20 sel. Pun begitu, sperma masih belum ada,” ujarnya di dalam temubual tersebut.

Sekadar info, telur yang dibekukan kemudiannya akan dicairkan, disenyawakan dan dipindahkan ke dalam rahim jika diingini pada masa hadapan.

Maya Basir