Peminat Sebak Dengar Kolaborasi Raihan-Alif Satar Dalam ‘Sesungguhnya 2019’

Kemunculan lagu nasyid legend ‘Sesungguhnya 2019’ membuatkan para peminat dua nama hebat tanah air ini teruja.

Projek istimewa menggabungkan Raihan dan Alif ternyata meninggalkan komen positif di muzik video ini meluahkan rasa puas hati/ sebak sehingga menitiskan air mata bila mendengar kolaborasi ini.

Ramai juga antara mereka yang memuji Alif Satar yang telah banyak memberi kesan positif terhadap masyarakat Malaysia.

Salah seorang anggota Raihan, Che Amran berkata, pihaknya teruja dapat bekerjasama dengan Alif yang meminati Raihan sejak dahulu lagi.

“ Menjadi suatu kebanggaan bagi kumpulan lama seperti kami dapat menarik minat artis muda seperti Alif. Malah, dia banyak menyanyikan lagu kami dan berkongsinya di YouTube,” katanya.

Menerusi ruangan komen, Alif Satar turut bersyukur atas peluang diberikan.

“ Alhamdulillah abang-abang Raihan atas peluang ini. Akan saya ingat sampai bila-bila,” ujar Alif ringkas.

Dalam perkembangan lain, Raihan baru sahaja terbabit dengan Konsert Malam Kesenian dan Kebudayaan : Qasidah Night di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, di sini, pada 27 April depan.

SGMS Faida