Categories: Trending

#SetulusIkhlas : Kasih Seorang Bapa, Tidak Halang Anak Peluk Islam

Siapa sangka seorang bapa, Lim Hun Kheng, 44 bangun seawal 5 pagi untuk mengejutkan anaknya Mohammad Firdaus Hong Abdullah, 12 untuk mengerjakan sahur. Selepas itu, beliau akan pastikan Firdaus mengerjakan solat subuh sebelum menghantarnya ke sekolah dan Kelas Agama dan Fardhu Ain  (KAFA) pada sebelah petang.

” Setiap hari jam 5 pagi saya akan kejutkan anak saya bersahur, walaupun berbeza agama, asya mahu dia taat kepada perintah Tuhan.” Katanya.

Bagi Lim, walaupun beliau beragama Tionghua, beliau tidak pernah menghalang anaknya itu untuk memeluk islam. Malah, beliau mahu Firdaus mendalami agama islam.

” Saya akan memberikan sokongan dan semangat kepadanya sebagai seorang bapa. Walaupun aktiviti hariannya agak padat, tetapi saya tetap mahu beliau mendalami agama islam termasuklah membenarkan Firdaus berkawan dan belajar agama dengan keluarga angkatnya” Tambahnya.

Namun bagi Firdaus atau nama asalnya Lim Ching Hong, beliau seronok menanti kedatangan ramadan terutamanya apabila dapat menunaikan solat sunat Terawih di masjid atau surau berdekatan bersama rakan-rakan. 

Selain itu, pada sebelah petang bapanya akan membawa Firdaus ke Bazar untuk membeli juadah kegemarannya iaitu, ayam bakar. 

Ditanya mengenai kebolehannya membaca al-Quran, Firdaus berkata, dia kini sudah menganjak ke Iqra’ Tiga dan sudah menghafal bacaan di dalam solat.

Jika ada masa terluang terutama ketika hujung minggu dia akan berkunjung ke rumah datuk angkatnya Aziz Isa, 63, yang tinggal di Pulau Timbul, di Jitra untuk mempelajari agama.

Wah, begitu besar lagi pengorbanan seorang bapa terhadap anaknya. Lebih-lebih lagi di bulan mulia ini, dan mungkin inilah dia yang dikatakan, kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. #SetulusIkhlas.

Salma Syahbuddin

Recent Posts