Peminat Tanya Aidil Zafuan Tak Pernah Tengok Anak? Ini Respons Rita Rudaini: “Tak Payah Berangan Nak Datang, Jumpa Di Padang Mahsyar”

Pelakon jelita, Rita Rudaini menjawab soalan peminat mengenai bekas suaminya, pemain bola sepak kebangsaan Mohd Aidil Zafuan Abdul  Razak perihal menjenguk anak-anak mereka.

Menerusi perkongsian di Instagram, Rita memuat naik video pendek memaparkan momen sayu ketika menghantar anaknya, Rayyan pulang ke asrama.

“Jenis tengok kat tingkap ni yang buat mommy sayu. Dia pesan, mommy jangan pergi lagi, tunggu Ryan naik lambai kat tingkap. Mommy dan adik rindu, belajar jangan jemu,” tulisnya di kapsyen.

Sementara itu, menjengah ke ruangan kapsyen ada individu yang bertanya sama ada bapa kandung kedua-dua anaknya itu, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna ada menjenguk mereka.

“Bapa Rayyan tak pernah tengok ke anaknya?” soal individu berkenaan.

Tidak berdiam diri, Rita membalas persoalan individu tersebut dengan nada sinis mengingatkan bekas suaminya supaya tidak berjumpa dengan anak-anak mereka.

Dalam maklum balas sama, Rita turut mendakwa Aidil tidak mengendahkan anak-anaknya semenjak kecil.

“Siapa? Tak payah.. masa kecil-kecil tengah kena basuh berak, menyusu, tak nak pula tengok. Dah besar, mommy bela bagi pandai.

“Dah senang tak perlu kena basuh berak, tak payah berangan nak datang! Jumpa di padang mahsyar je nanti,” tulisnya.

Sekadar info, Rita dan Aidil mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2008 di Songkhla Thailand namun bercerai talak satu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 4 Ogos 2013.

Ikatan perkahwinan pasangan itu terlerai selepas mahkamah mengesahkan lafaz cerai yang dibuat oleh Mohd Aidil, 26, kepada Rita Rudaini, 37, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 4 Ogos lepas.

Sebelum ini, Rita meluahkan rasa kesal terhadap kenyataan individu ternama mendakwa sekolah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) adalah untuk anak-anak golongan T20 mempelajari erti kesusahan.

Artikel Berkaitan: Rita Rudaini Selar Kenyataan Sekolah MRSM Untuk Anak T20 Belajar Erti Kesusahan – “Siapa Yang Rosakkan Anak Bangsa Sendiri?”

Artikel Berkaitan: Rita Rudaini Bengang Anak Dituduh Masuk Sekolah Kerajaan Guna Kabel, Dikritik Ambil Tempat B40 – “Lebih Teruk Pendidik Yang Sebar Fitnah”

Artikel Berkaitan: Rita Rudaini Selar Tindakan Guru Besar Tampar Murid Depan Khalayak – “Budak Tu Dapat Malu, Hilang Keyakinan & Dendam”

Artikel Berkaitan: “’Arwah’ Dah Tenang Dengan ‘Bidadari Syurga’” – Hantaran Curi Perhatian, Rita Rudaini Tempelak Siapa?

Aqilah Paharuzi