Ubai MZ Umum Shila Amzah Kini Sedang Hamil

Suami kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Ubai MZ berkongsi berita gembira apabila isterinya kini sedang hamil cahaya mata pertama mereka.

Menerusi hantarannya di Instagram, Ubai mengimbau semula momen-momen yang berlaku pada tahun 2023 antaranya kehilangan adik dan ibu tercinta.

Di dalam video tersebut, dia dan Shila kemudiannya membuat pengumuman berita kehamilan dan berkongsi reaksi keluarga dan teman-teman tentang perkara itu.

Menurut Shila, dia bertindak merahsiakan di awal kehamilan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Namun, mereka tidak menyatakan usia kandungan tersebut.

“Selesai cerita kami di tahun 2023 dan di tahun 2024 ini kami ingin membukanya dengan satu perkhabaran. Ada sebab kami baru beritahu sekarang.

“Nak make sure yang pregnancy ni smooth pada awal kehamilan dan terima kasih yang mendoakan sebelum ini.

“Doakan semoga kandungan Sha selamat dan dipermudahkan segala-segalanya semasa proses mengandung ni,” ujarnya.

Untuk rekod, Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos tahun lalu selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan.

Maya Basir