Peminat Teruja Lihat Farid Kamil & Diana Danielle Pertama Kali Berlakon Bersama, Netizen Komen: “Ni Lah Bagus, Tak Payah Risau Terpegang, Tersentuh Bagai”

Pasangan pelakon popular, Farid Kamil dan Diana Danielle mencuri perhatian selepas aktor itu berkongsi foto miliknya dan isteri menerusi hantaran terkini di platform media sosial nya.

Menerusi hantaran tersebut, Farid atau nama penuhnya, Farid Kamil Zahari, 42, memaklumkan, itu adalah pertama kali mereka digandingkan bagi mempesonakan layar menerusi filem terbaharunya berjudul, Baran.

“Pertama kali kami di gandingkan bagi mempesonakan layar sebagai Jusoh dan Asmara di film BARAN,” katanya.

Teruja melihat gandingan pasangan suami isteri itu dalam filem terbaharu mereka, rata-rata pengikut meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan termasuklah, pelakon popular, Lisa Surihani dan Fazura.

Malah, ramai dalam kalangan peminat mendoakan agar proses penggambaran berjalan lancar dan filem Baran mendapat sambutan luar biasa kelak.

“Finally, Alhamdulillah Syukur. Selamat bekerja Tort dan My adik sayang, D.

“Kan lebih sesuai ganding laki bini dalam drama atau filem.. Tak payah risau tersentuh, terpegang, segala bagai.

“Alhamdulillah, kedua-duanya memang the best kalau berlakon.

“Semoga dipermudahkan urusan. Love!

“Tolong lah hormat orang single, bersemut sangat lately awatnya,” komen netizen.

 

Salma Syahbuddin