Categories: SelebritiTrending

Norman Hakim Kongsi Wajah Model Mirip Marissa Dania, Netizen Rasa Sebak – “Ayah Rindu Sangat Kat Anak”

Pelakon dan usahawan, Norman Hakim memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya sedang menjalani sesi fotografi tudung jenamanya.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah Norman menyatakan seorang model wanita yang memperagakan tudungnya itu mirip anak perempuannya, Marissa Dania.

“Macam kembar Dania je Nuin ni,” tulisnya ringkas.

Malah, warganet berasa sebak dengan perkongsian tersebut apabila Norman meletakkan lagu nyanyian Samsons berjudul Kenangan Terindah sebagai lagu latar.

Menjengah diruangan komen, rata-rata warganet bersetuju bahawa model tersebut memiliki iras wajah yang hampir sama.

Tidak kurang juga ada yang mendoakan Norman sekeluarga tabah menghadapi ujian apabila nama anaknya baru-baru ini terpalit dengan kontroversi.

“Kadang-kadang apabila kita terlalu rindukan anak, sampaikan pergi mana-mana akan ternampak iras wajah anak kita.

“Ayah rindu sangat kat anak… terkeluar la words tu.

“Sabar ye tuan… semoga Allah sentiasa melindungi Dania dan keluarga tuan,” komen warganet.

Artikel Berkaitan: Marissa & Aslam Kahwin 27 Disember lalu, Norman Hakim & Abby Abadi Tak Beri Restu?

Artikel Berkaitan: Dakwaan Kahwin Lari Di Songkhla Tular, Marissa Dania ‘Unfollow’ Norman Hakim & Abby Abadi?

Artikel Berkaitan: Jadi Isteri Kedua, Marissa Dania Nikah Di Thailand Tanpa Pengetahuan Norman Hakim & Abby Abadi?

Atiqah Johari