“Penakut!” – Keselamatan Keluarga Terancam, Zed Zaidi Terima Ugutan Suruh Letak Jawatan! Seru Pelaku Tampil Bersemuka

Selebriti dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi mendedahkan dia menerima ugutan mengancam keselamatannya dan keluarga menerusi memo atau surat memaparkan wajahnya di lif kediaman mereka di kondominium Damansara Perdana, Petaling Jaya.

Menerusi hantaran di Instagram, Zed atau nama lengkapnya, Rozaidi Abdul Jamil meluahkan rasa berang terhadap individu tersebut yang dianggap pengecut sekaligus mengajak si pelaku bertemu empat mata dengannya.

“Semalam aku terima surat ugutan dia selit dalam lif rumah letak muka aku dan ancam aku dan keluarga! Aku rasa pihak berwajib tolong la tangkap si penakut ni!!!,” tulisnya di kapsyen.

Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, Zed yang merupakan akan ahli jawatan kuasa (AJK) kondominium sejak Mei lalu mempercayai ugutan tersebut berpunca daripada pelantikannya dalam pengurusan kediaman itu.

“Semalam, tiba-tiba jiran saya yang juga bendahari persatuan penduduk maklumkan ada pihak busukkan dan fitnah kami. Ada memo ugutan diletakkan di papan notis dalam lif.

“Saya adalah AJK baharu dalam pengurusan bangunan itu. Bila pasukan kami masuk, dapat tahu sudah lima tahun audit pengurusan tidak dibuat. Kami terpaksalah buat siasatan lanjut.

“Kami diminta letak jawatan dalam masa tiga hari, keluarga serta anakanak kecil  dan kami dituntut membetulkan kesalahan sebelum masa depan hancur. Turut disertakan juga gambar, nama penuh, nombor rumah, dan nombor kad pengenalan saya.

“Maknanya individu berkenaan dapat maklumat daripada orang dalam. Ia bermaksud juga pengugut itu pun mesti penghuni dalam bangunan kami juga.

“Sebelum ini, kepimpinan terdahulu letak jawatan beramai-ramai. Kakitangan yang sudah bekerja selama 12 tahun di pejabat pengurusan itupun tiba-tiba berhenti. Mungkin disebabkan ada isu pecah amanah dan lain-lain,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Zed bertegas tidak akan ambil ringan mengenai kes ugutan ini kerana telah melibatkan keselamatan anak-anak dan keluarga yang juga menjadi sasaran pihak berkenaan.

“Semalam saya dah buat laporan polis dan pantas bertindak. Mereka sudah memeriksa CCTV (kamera litar tertutup) yang ada suspek dan serahkan tindakan lanjut kepada polis untuk buat siasatan. Memang dalang itu akan ditangkaplah.

“Hal ini ancaman, membabitkan saya dan keluarga. Saya bab begini tak boleh berkompromi. Mereka ini semua penakut! Kalau berdasarkan penulisan, mungkin bukan orang Melayu.

“Kalau jatuhkan imej saya, hal itu sudah biasa untuk saya. Tapi kalau cuba ugut seperti ini, pengecutlah namanya. Ini memang sudah kes jenayah sebab membabitkan ugut dalam rumah. Kalau ugut itu dibuat di luar, saya tak kisah sangat,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:Zed Zaidi Cadang Artis Diberikan Vaksin Awal, Gunakan Pengaruh Anak Seni Untuk…

Sumber: Harian Metro

Aqilah Paharuzi