Dahsyatnya! Peminat Teruja Tengok Ain Edruce Bermain Drum, Siap Belanja ‘Ketuk’ Lagu System Of A Down Lagi

Penyanyi, pelakon dan pengacara, Ain Edruce menarik perhatian ramai apabila berkongsi sepotong video pendek memperlihatkan bakatnya bermain drum.

Menerusi perkongsian terkini di Instagram, Ain kelihatan bermain alat muzik tersebut sambil berlatar belakangkan lagu yang dipopularkan oleh kumpulan metal System Of A Down berjudul, Toxicity.

“Bila coach kau turun padang. Hahahaha @__itsmesoraya ni paling pantang bila aku main drum.. dia akan dengar tapi aku kena main-main muka dengan dia.. “main lagu rock but make it coco melon“ HAHA. Cikgu @__itsmesoraya maafkan mistake aku sebab tengah pakai heels dia kata,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.

 

Sementara itu, rata-rata peminat teruja melihat bakat yang dimiliki pengacara Melodi ini apabila dia turut mempamerkan bakat bermain pedal menggunakan kedua belah kakinya.

“Fuyoh! Double pedal. Nice kak Ain ni mesti banyak practice.

“On fire! Bila tengok macam Joey Slipknot pula.

“Baru tahu anda sangat berbakat. Tahniah!

“Power lah Ain! System Of A Down… Dahsyat!,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih 400,000 tontonan dan menerima 21,000 tanda suka sejak ia dimuat naik.

 

Salma Syahbuddin