[VIDEO] “Saya Seperti Gelas Kosong” – Kini Lebih Bahagia, Mawar Rashid Buka Lembaran Baharu Selepas Bercerai

Pelakon Mawar Rashid mengakui tahun 2024 adalah fasa baharu dalam kehidupannya selepas bercerai dengan bekas suami, selebriti Raf Yaakob.

Meskipun enggan berkongsi lebih lanjut mengenai kehidupan peribadibya, Mawar bagaimanapun menggambarkan dirinya seperti gelas kosong apabila dapat peluang baharu.

“Saya minta maaf kerana saya berpegang prinsip hidup untuk tak berkongsi mengenai kehidupan peribadi, saya tak mahu anak-anak membesar dengan benda yang tak sepatutnya.

“Saya sangat gembira dengan peluang yang saya dapat, tak akan sia-siakan. Saya akan buat yang terbaik dengan sokongan yang saya ada.

“Bila dapat berlakon lagi kali ini merupakan fasa terbaharu dalam hidup saya, segalanya baru. Saya anggap diri saya mavam tin kosong,” katanya.

Mawar berkata demikian ketika ditemui di majlis doa selamat dan sidang media filem Jalan Pandang Belakang 2 bertempat di Metrowealth, Petaling Jaya.

Mawar yang pernah diserang ‘panic attack’ dan ‘anxiety’ sebelum ini bersyukur keadannya dirinya kini semakin baik.

“Alhamdulillah, saya bertambah baik. Saya dah tak kena panik attack sebab tu saya bersyukur walaupun ada dugaan tapi alhamdulillah saya sangat gembira,” ujarnya.

Selain mendapat kekuatan daripada keluarga dan anak-anak, Mawar juga berasa lega apabila dia dpaat meluahkan isi hatinya kepada wanita yang melalui perjalanan sama sepertinya.

“Sumber kekuatan saya sangat bersyukut. Saya bersyukur sebab saya ada sokonvan yang sangat kuat dari keluarga, mak, Allah bagi anak anak sihat, dan dikurniakan rezeki.

“Tetapi, saya tak boleh nak tunjuk yang saya sangat kuat. Bila saya luahkan perjalanan saya dengan orang yang melalui perkara sama, saya rasa sangat lega.

“Saya bahagia, tapi saya tak adalah fully ‘heal’, masih lawan diri untuk teruskan semangat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mawar turut mempercayai bahawa masa akan menyembuhkan luka dan dia hanya mahu memberi tumpuan kepada perkara positif sahaja.

“Saya percaya masa itu akan dan saya fokus pada apa yang terbaik. Fokus kepada benda yang terbaik untuk fikiran mental, karier, sebab saya nak kena jaga diri dan anak-anak,” ujarnya.

@xtra_my

Alhamdulillah, Mawar happy ❤️ #xtramy #fyp #sembangentertainment #mawarrashid #beritatiktok

♬ original sound – XTRA – XTRA

Terdahulu, Mawar mengesahkan sudah bercerai dengan Raf yang juga merupakan adik kepada chef selebriti Fazley Yaakob.

Difahamkan mereka berpisah pada November tahun lalu kerana tiada persefahaman.

Sekadar info, Mawar dan Raf berkahwin pada tahun 2017 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

Artikel Berkaitan: Raf Yaakob Perjelas Cerai Mawar Rashid Bukan Sebab Orang Ketiga – “Allah Dah Kata Jodoh Kami Setakat Ini Sahaja”

Artikel Berkaitan: Dakwaan Bakal Bercerai, Mawar Rashid Akhirnya Buka Mulut… Minta Henti Sebar Pelbagai Spekulasi – “Kami Dah Tiada Persefahaman”

Artikel Berkaitan:  Selepas Buka Tudung & Umum Bercerai… Mawar Rashid Akan Kembali Berlakon, Masuk Studio Rakaman Bakal Jadi Penyanyi?

Aqilah Paharuzi