Penampilan Dikritik, Puteri Sarah Dedah Lepas Kahwin Dipaksa ‘Simple’ – “Dari Dulu Macam Ni Tapi…”

Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana dikritik segelintir pihak selepas memuat naik foto terbarunya di Instagram.

Foto tersebut memaparkan Puteri Sarah sedang duduk atau mencangkung, sambil menggayakan hijab bersama topi.

Bagaimanapun, terdapat beberapa netizen yang tampil menegur penampilan isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat kenalan Sarah yang meluahkan rasa rindu melihat penampilan terdahulu aktres drama rantaian Suri Hati itu.

“Coach rindu Sarah yang simple masa jumpa dekat center dulu,” tulisnya.

Namun, Sarah berkata dia sejak dahulu sudah berpakaian seperti itu, hanya selepas kahwin dipaksa untuk berubah.

“Coach, Sarah macam ni dulu.. Bila dah kahwin, Sarah dipaksa jadi simple,” jawabnya.

Dalam pada itu, ada individu menegur gaya tudungnya.

“Alamak, not this hijab style please. You have your own class,” ujar netizen.

Jawab ibu anak dua dia sering memakai tudung dipadankan bersama topi.

“Saya memang selalu pakai shawl with cap,” katanya berserta emoji peace.

Sebelum ini, rata-rata netizen membandingkan foto tersebut bersama madunya, Ira Kazar.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu Kritik Puteri Sarah Ambil Gambar Duduk Mencangkung Seperti Ira Kazar, Ini Respons Empunya Badan

Aqilah Paharuzi