[VIDEO] Luah Rasa Rindu Nak Travel, Neelofa Pilih Berehat Seketika & Mahu Bina Keluarga – “Buat Anak, Dah Besar Baru Bercuti Sama”

Selebriti dan pengacara popular, Noor Neelofa mengakui rindu untuk menjelajah dunia seperti semasa zaman muda-mudinya.

Menerusi sebuah video siaran langsung, isteri kepada pendakwah Haris Ismail berkata dia hanya mahu membina sebuah keluarga besar.

Jelas Neelofa atau lebih mesra disapa Lofa itu, keadaannya yang mempunyai anak kecil berusia 18 bulan menjadikan sedikit rumit untuk bercuti ke luar negara.

Lofa berkata dia berasa berat hati untuk berjauhan dengan anaknya dan lebih memilih untuk menunggu Bilal meningkat usia.

“Fikir pasal travel sakit kepala sebab tak nak tinggal anak, nak kena hantar anak dekat orang lain jaga.

“Jadi, tunggu dah besar sikit baru nak travel sama sama. Daripada sakit kepala, fikir macam-macam.. lebih baik tak perlu.

“Dulu pun dah travel merata tempat. Jadi kita berehat seketika. Buat anak, besarkan anak dan nanti kita travel cari alternatif berbeza dengan keluarga.

“Kalau semua benda pun nak dapat benda yang sama, habislah dik,” ujarnya seraya ketawa kecil.

Sekadar info, Neelofa dan PU Riz berkahwin pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan anak sulung, Bilal pada 29 Januari tahun lalu.

Aqilah Paharuzi