Penampilan Terkini Fiza Halim Mengejutkan Ramai! Netizen Harap Kekal Istiqamah – “Semakin Seksi Nampak Bentuk Dada, Tudung Gaya Nak ‘Terbang’”

Heboh di ruangan media sosial berhubung penampilan terkini, penyanyi dan pelakon Fiza Halim yang dikatakan seakan mencolok mata meskipun bertudung.

Menerusi hantaran di Instagram, Fiza berkongsi sebuah foto bersama rakannya, namun apa yang menarik perhatian ramai adalah gaya tudungnya yang terdedah dibahagian leher.

Bukan itu sahaja, berdasarkan foto tersebut juga, Fiza memakai baju lengan panjang yang dilihat terlampau ketat sehingga menunjukkan ‘aset’nya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen memohon Fiza untuk kekal istiqamah dalam menjaga penampilannya sebagai seorang wanita bertudung.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 41, bagaimanapun dilihat telah memadam semua komen yang mengkritik tentang penampilannya.

Terdahulu, Fiza pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali.

Pada 2010, Fiza berkahwin dengan bekas suami, Ahmed Farriq Zainul Abidin dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ferra Aryana dan Feeya Adyrra.

Perkahwinan kedua Fiza pula adalah dengan peserta Akademi Fantasia, Adam, manakala perkahwinan ketiganya pula adalah bersama juruterbang, Aizat Al Jefri.

Aqilah Paharuzi