“Sebenarnya Kena Banyak Rehat…” – Tahan Sakit Semasa Penggambaran, Riezman Khuzaimi Kena Slip Disc

Pelakon Riezman Khuzaimi memberitahu menghidap masalah tulang rawan tergelincir atau ‘slip disc’ sejak sebulan yang lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Riezman terpaksa menahan kesakitan semasa penggambaran dan masih perlu memakai pendakap leher disebabkan masalah tersebut.

“Seluruh tangan kiri kebas dan mencucuk-cucuk. Lepas sebulan ada kurang sikit dan terus pakai ‘neck brace’ (pendakap leher).

“Saya mengalaminya sejak minggu pertama Ramadan lalu. Sekarang ada kurang sedikit tapi masih kena pakai ‘neck brace’. Doktor kata mungkin ambik masa dua ke tiga bulan untuk betul-betul pulih.

“Kerja pun masih pakai 24 jam. Ketika penggambaran, boleh buka sekejap. Bila habis babak pakai semula. Sebenarnya kena banyak rehat kalau nak cepat pulih,” katanya.

Menurutnya, masalah kesihatan itu tidak menghalangnya untuk meraikan perayaan Aidilfitri tahun ini.

“Masih beraya macam biasa. Sekarang tak ada penggambaran tapi baru ada tawaran daripada Datuk A Aida untuk Jun nanti.

“Ya ini pertama kali saya mengalaminya (slip disc). Harap cepat sembuh, cukup rehat dan kembali beraksi di layar,” katanya.

Maya Basir