“Pengorbanan Itu Berkait Rapat Dengan Hidup Saya…” – Puteri Balqis

Pelakon remaja berkaliber, Puteri Balqis mendedahkan sehingga kini dia masih ‘terperangkap’ dalam watak Aisyah menerusi drama Terlanjur Cinta.

Jelas Balqis atau Aqish, watak Aisyah yang mengisahkan tentang seorang gadis yang sanggup berkorban demi keluarga itu adalah 100 peratus sama dengan dirinya.

“Saya ada masalah nak keluar daripada watak Aisyah, masih tak hilang jiwa Aisyah dari diri saya. Watak tu memang bagi saya kesan mendalam.

“Sampai dah habis penggambaran masih tak keluar lagi dari watak Aisyah, dah makan masa berbulan.

“Apa yang membuatkan saya terkesan sebab kisah pengorbanan dan kasih sayang untuk keluarga.

“Persamaan watak Aisyah dengan saya berkait rapat dengan pengorbanan, itu 100 peratus saya.

“Saya sanggup apa sahaja untuk keluarga saya,” katanya yang memegang watak utama sebagai seorang gadis berusia 17 tahun berkorban menikahi lelaki lebih tua demi keluarga.

Aqish berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Terlanjur Cinta, baru-baru ini.

Dalam masa sama, Aqish bagaimanapun mengakui kurang selesa mendengar kisah gadis di luar sana yang terpaksa berkahwin muda.

“Saya adalah seorang yang berhati lembut. Jadi, apabila lihat individu berkahwin muda, saya merasakan perkara ini ibarat seseorang sudah memetik bunga yang masih belum mekar.

“Seorang yang ‘innocent’ ini sebenarnya boleh mendatangkan trauma. Sebab orang seperti ini mudah tertipu dan sukar untuk hidup dalam keadaan seperti ini.

“Sangat terseksa untuk mereka sebenarnya. Jadi, untuk mereka yang melalui fasa hidup seperti ini, saya sayangkan anda.

“Anda mempunyai jiwa yang murni, jadi teruslah kuat,” katanya lagi.

Selain Aqish, drama Terlanjur Cinta turut dilakonkan oleh Syafie Naswip, Syafiq Kyle, Datin Seri Umie Aida, Syafi Tee dan ramai lagi.

Artikel Berkaitan: Tak Ada Masalah ‘Chemistry’ Meski Jurang Umur Jauh, Syafiq Kyle & Puteri Balqis Serasi – “Dia Sangat Disiplin”

Artikel Berkaitan: “Suami Orang Menggatal, Aku Maki Terus” – Puteri Balqis Seru Artis Wanita Elak Mengada Dengan Pelakon & Kru Lelaki

Aqilah Paharuzi