“Penting Ada Pengetahuan Asas Dalam Agama, Mendengar Kata,” – Raf Yaakob Tak Kisah Dijodohkan Dengan Wanita Biasa

Bekas suami pelakon sensasi, Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob mengakui tidak kisah sekiranya dia mendapat jodoh wanita biasa, bukan dalam kalangan selebriti.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Raf menjawab persoalan netizen yang bertanya sama ada dia menerima wanita biasa untuk menjadi suri hatinya.

“Terima tak wanita biasa jadi your wife?,” soal individu berkenaan.

Jelas Raf, dia tidak memilih terutamanya tentang jodoh, namun wanita berkenaan haruslah menyayangi anak-anaknya sepenuh hati, serta mempunyai asas pemahaman dalam agama Islam.

“Semestinya, jodoh tu rahsia Allahkan jadi tak kisahlah dia kerja apa. Pegawai kerajaan ke, dia kerja sebagai peguam, doktor, jual goreng pisang, pelakon, pramugari, founder product ke, tak kisah..

“Yang penting boleh terima saya seadanya, boleh sayang anak-anak saya, mendengar cakap yang berpatutan dan ada good foundation in Islam,” katanya.

Dalam masa yang sama, Raf turut berkongsi perkembangan terkini hidupnya yang semakin baik.

So far Alhamdulillah, life has been good. Saya sibukkan diri. Saya selalu mulakan tahun baru selepas hari jadi saya iaitu pada hari ini.

“10 hari terawal bulan Januari sangat tenang, tapi bermula pada 10 Januari saya akan mula sibuk,” katanya lagi.

Sebelum ini, bekas isterinya, Mawar mengejutkan ramai apabila memuat naik foto tidak lagi memakai tudung.

Susulan itu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2017 namun tidak bertahan lama dan bercerai pada 23 November tahun lalu.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata, iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

Artikel Berkaitan: Dakwaan Bakal Bercerai, Mawar Rashid Akhirnya Buka Mulut… Minta Henti Sebar Pelbagai Spekulasi – “Kami Dah Tiada Persefahaman”

Artikel Berkaitan: Selepas Buka Tudung & Umum Bercerai… Mawar Rashid Akan Kembali Berlakon, Masuk Studio Rakaman Bakal Jadi Penyanyi?

Artikel Berkaitan: “Cinta Yang Terbaik Adalah Cinta Yang Buatkan Iman Kita Bertambah” – Raf Yaakob

Artikel Berkaitan: Raf Yaakob Kongsi Foto Beserta Kapsyen ‘Cinta’, Netizen Pula Suruh Cari Cinta Baru… Ini Reaksi Tuan Badan

Aqilah Paharuzi