Mengidolakan Beto Kusyairy, Tom Cruise… Nadhir Nasar Buat Aksi Ganas Sendiri Tanpa ‘Stuntman’ – “Ya Risiko, Tapi Saya Rasa Puas!”

Pelakon, Nadhir Nasar mendedahkan dia mengalami sedikit kecelakakaan ketika menjayakan watak Tahir semasa menjalani penggambaran Pendera Awang Darah Indera Gajah.

Jelas Nadhir, dia tidak mempunyai pengetahuan asas dallas aksi bersilat atau mahir berlawan.

“Saya tak ada pengalaman bersilat tau berlawan, hanya dibesarkan dengan menonton flem-filem aksi.

“Saya hanya belajar di penggambaran dengan guru seni mempertahankan diri. Kecedeeraan tu ada di babak saya tergolek-golek itu lutat saya agak lebam,” tuturnya.

Dalam pada itu, Nadhir turut mengakui dia juga mengidolakan pelakon Beto Kusyairy yang turut banyak melakukan filem aksi tanpa menggunakan badan kedua.

“Dalam filem ini ada setengah menggunakan alatan tajam ‘dummy’, dan ada juga yang betul. Saya tak kekok menggunakan alatan tersebut sebab saya tak perdah buat.

“Saya mengidolakan Beto Kusyairy, saya selalu tanya dia. Saya lihat apa yang dia buat di penggambaran, dia pernah bakar badan dia. Macam Jackie Chan, jadi bila babak aksi dalam filem ini saya buat sendiri, saya rasa puas!,” katanya.

Nadhir berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya, baru-baru ini.

Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam-pawagam di seluruh negara bermula pada 11hb Januari 2024.

Pendekar Awang Darah Indera Gajah ini merupakan sekuel kepada filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan atau prekuel kepada filem Mat Kilau 2 yang akan dibikin pada masa hadapan kelak.

Artikel Berkaitan: Pertama Kali Berlakon Filem, Nadhir Nasar Akui Fattah Amin Suntik Kekuatan Sepanjang Penggambaran Pendekar Awang

Artikel Berkaitan: “Saya Kena Tolak 10 Kali” – Jumlah Pengikut Sendu, Nadhir Nasar Pernah Kena Reject Kerana ‘Tidak Dikenali’

Artikel Berkaitan: Berlakon Dengan Fazura Dalam Pendekar Awang, Fattah Amin Akui Lebih Semangat – “Sentuhan Isteri Itu Menghidupkan Karakter”

Aqilah Paharuzi