Penulis Novel 7 Hari Mencintaiku, Siti Rosmizah Kritikal Akibat Covid-19

Penulis dan penerbit, Siti Rosmizah Semail berada dalam kritikal selepas disahkan positif Covid-19 pada Ahad.

Terbaharu, menerusi perkongsian di Instagram miliknya memaklumkan bahawa Covid-19 yang dialami Siti Rosmizah sudah pada tahap empat.

“Assalamualaikum, berita sedih yang kami terima. Covid Kak Siti sudah naik stage 4.

“Sama-sama kita doa moga Kak Siti diberi kesembuhan dan kekuatan untuk terus berjuang melawan sakit ini. Beliau kritikal,” tulis pengendali di ruangan kapsyen.

Pada Ahad, Siti Rosmizah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas dijangkiti Covid-19.

Siti Rosmizah popular menerusi tulisannya dalam novel 7 Hari Mencintaiku dan Cukup Derita Itu yang diadaptasikan ke drama.

Khairil Khusyairi