Berang Dengan Komen Nakal Di Instagram, Ciapan Imran Bard Terlibat Kemalangan Raih Perhatian

Pempengaruh yang terkenal dengan gelagat lucu, Imran Bard menjadi tumpuan netizen kerana berang dengan komen nakal setelah dirinya terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Menerusi ciapan yang dibuat oleh Imran di Twitter, menunjukkan dia membalas komen terbabit dengan terlalu marah sehingga menuliskan kata-kata kesat yang tidak sepatutnya.

“Diam lah hanat aku accident tau,” tulis Imran.

Sementara itu, Imran juga sempat berkongsi keadaan keretanya yang sedikit remuk di bahagian hadapan sebelah kiri dan bersyukur dirinya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menelusuri ruangan komen, netizen mendoakan agar urusan Imran dipermudahkan dan ada juga yang berseloroh berkongsi tip dengan menyapu minyak gamat untuk memperbetulkan keretanya yang rosak.

“Sapu minyak gamat ok lah tu, not a big deal.

“Allahu, moga dipermudahkan segala urusan Imran.

“Takpe Imran, saya pun accident semalam. Hahaha 2023 kita mulakan dengan kereta masuk bengkel,” tulis netizen.

Halimey Zamal