Penyanyi ‘Dear Future Husband’ Sudah Bergelar Isteri, Tahniah!

Penyanyi Meghan Trainor kini bergelar isteri kepada pemuzik Daryl Sabara! Penyanyi lagu ‘Dear Future Husband’ ini melangsungkan perkahwinan pada hari ulang tahunnya ke 25, baru-baru ini.

Difahamkan, pasangan ini diraikan dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Los Angeles, California. Majlis turut dihadiri sekitar 100 orang yang terdiri daripada keluarga dan rakan rapat.

Menurut majalah People, Meghan menyarungkan busana kahwin berwaran putih daripada Berta, kasut tinggi daripada Badgley Mischka dan barangan kemas dari Norman Silverman.

Menerusi laman Instagramnya, Meghan berkongsi sekeping gambar dengan kapsyen gembira berbunyi “I’m a wifey for lifey! Best birthday ever!!!!!! Thank you for everyone who helped make it happen… I Love you forever and always @darylsabara,” 

Manakala suaminya, Sabara memuatnaik gambar dengan kapsyen yang memaparkan kebahagiaan mereka pada masa ini. “I have the most beautiful WIFE! Thank you for making me the luckiest man in the world. I love you forever and always @meghan_trainor.”

Terdahulu, Trainor pernah membuat kenyataan bahawa dia dan Sabara bakal berkahwin pada musim krismas.

Pasangan ini bertemu di sebuah parti pada tahun 2014 selepas diperkenalkan oleh sahabat, Chloe Moretz.

 

SGMS Faida