Kehilangan Pekan Jadi Tanda Tanya, Rita Rudaini Buat Laporan Polis

Kes kehilangan kucing pelakon Rita Rudaini terus menarik perhatian apabila isu ini telah diadukan kepada pihak Polis.

Pelbagai usaha telah dilakukan sebelum ini namun Rita masih buntu sehinggalah dia mengesyaki sesuatu yang pelik.

“ Bila saya minta gambar kandang yang dia cakap Pekan kopek, saya musykil. Macam mana kederat seekor kucing boleh patahkan? Sedangkan kederat seorang lelaki patahkan kendang yang dah berkarat lama pun tak boleh.

“ Video pertama di hantar pada saya, saya soal ‘mana muat kepala kucing saya?’. Selepas itu isterinya hantar pula video kedua, dah jadi lain dah. Besi patah satu dah jadi dua pula. Wayang apakah?,” soalnya.

Sementara itu, Rita yang sudah membela Pekan sejak dua tahun lalu berpesan agar individu berkenaan tidak lagi meneruskan ‘wayang’ ini.

“ Dah jadi kes Polis. Tak jujur, tak amanah, saya akan buat apa sahaja. Mungkin boleh bantu masalah orang lain juga yang ada masalah macam saya. Saya akan heret orang itu kalau didapati bersalah.

“ Saya akan cari keadilan untuk kucing-kucing lain kalau betul ada sindiket. Saya boleh terima kalau orang bercakap jujur dan memohon maaf. Tetapi saya tidak boleh terima pembohongan,” katanya.

Tambanyanya, dia berharap agar individu yang sudah terambil kucing kesayangannya itu memulangkan segera sebelum sebarang tindakan diambil.

Dalam masa sama, Rita turut berdoa agar dia berikan masa dan ruang lagi untuk bertemyu dengan kucing kesayangannya itu.

SGMS Faida