Penyanyi Despacito Dirompak Lelaki Mirip Wajahnya?

Penyanyi Daddy Yankee dilaporkan hilang barang berharga bernilai AS$2.3 juta dari biliknya selepas dirompak di Sepanyol.

Lebih pelik, lelaki yang menyamar sebagai pelantun Despacito itu menghubungi kakitangan hotel di Valencia untuk membuka ‘bilik selamatnya’.

Kejadian ini disahkan sendiri oleh wakil penyanyi popular ini, Nevarez PR dalam posting menerusi laman Twitter.

Ketika ini, polis Valencia sedang menyiasat kes curi melibatkan wang tunai dan permata dari sebuah hotel.

Daddy Yankee dilaporkan tinggal di sebuah hotel di utara bandaraya Sepanyol.

Namun begitu, kes ini tidak menghalang beliau meneruskan persembahan di Martigues, Perancis. Tetap bersemangat walaupun hati sedang berduka, terbaiklah Daddy Yankee!

SGMS Faida