Penyanyi Rohana Jalil Meninggal Dunia

Penyanyi popular era 80-an, Rohana Jalil menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor, kira-kira pukul 11.33 malam, Selasa.

Berita duka itu disahkan oleh rakan artis iaitu penyanyi Zur Eda yang memaklumkan di media sosialnya.

“Mohon semua sedekahkan Al-fatihah buat Rohana Jalil yang telah menghembuskan nafas pada 11.33 malam tadi.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman, amin,” tulisnya.

Pada Isnin, pengurus Rohana atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil, iaitu Suzie memaklumkan keadaan Rohana semakin lemah namun masih stabil selepas menjalani pembedahan untuk merawat kebocoran pada usus perut, sejak April lalu.

April lalu, Rohana dilaporkan kritikal dan dimasukkan ke ICU akibat kebocoran pada usus perut. Perkara tersebut disahkan oleh anaknya yang juga seorang pelakon, Kila Fairy.

Khairil Khusyairi