Peragakan Baju Ketat Hingga Nampak Bentuk Badan, Penampilan Kilafairy Dikritik Lagi – “Awat Jadi Macam Ni?”

Pelakon Kilafairy sekali lagi mengundang kecaman dalam kalangan netizen selepas melihatnya memperagakan busana ketat ketika menghadiri acara.

Menerusi perkongsian di Instagram, Kila atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan telah memuat naik fotonya mengenakan baju berona hijau persis jumpsuit sehingga menampakkan bentuk badannya.

Terkejut melihat penampilan terkini aktres itu, terdapat sesetengah netizen tampil meluahkan rasa kurang senang mereka dan mengaitkan nama arwah ibunya, Rohana Jalil.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Rohana Jalil Meninggal Dunia 

“Lepas mak dia meninggal dunia, awat dia jadi macam ni?

“Haram nak haram.

“Hidup ni kalau nak viral atau popular sekelip mata memang mintak nak kecam ke?

“Allahuakbar, semoga diberi hidayah. Amin.

“Makin lama makin tak faham apa motif dia bertudung,” komen netizen.

Meskipun meraih tohmahan, ada juga sesetengah peminatnya tampil memuji kecantikannya dan meluahkan rasa cemburu melihat bentuk badan yang dimiliki Kila.

ARTIKEL BERKAITAN: Tudung Makin Singkat, Netizen Tegur Kilafairy… Minta Labuhkan Hijab – “You Dah Cantik Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Terkejut Tengok…Boleh Membawa Fitnah” – Netizen Tegur Kilafairy Pakai Inner Warna Kulit

ARTIKEL BERKAITAN: Imej Dipertikai, Netizen Dakwa Sengaja ‘Belanja’ P*nggung… Ini Respons Kilafairy -“Tak Suka Please Unfollow! Are You God?”

Fatin Nurain