Pelakon Kilafairy sekali lagi mengundang kecaman dalam kalangan netizen selepas melihatnya memperagakan busana ketat ketika menghadiri acara.
Menerusi perkongsian di Instagram, Kila atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan telah memuat naik fotonya mengenakan baju berona hijau persis jumpsuit sehingga menampakkan bentuk badannya.
View this post on Instagram
Terkejut melihat penampilan terkini aktres itu, terdapat sesetengah netizen tampil meluahkan rasa kurang senang mereka dan mengaitkan nama arwah ibunya, Rohana Jalil.
ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Rohana Jalil Meninggal Dunia
“Lepas mak dia meninggal dunia, awat dia jadi macam ni?
“Haram nak haram.
“Hidup ni kalau nak viral atau popular sekelip mata memang mintak nak kecam ke?
“Allahuakbar, semoga diberi hidayah. Amin.
“Makin lama makin tak faham apa motif dia bertudung,” komen netizen.
Meskipun meraih tohmahan, ada juga sesetengah peminatnya tampil memuji kecantikannya dan meluahkan rasa cemburu melihat bentuk badan yang dimiliki Kila.